CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

nOta bUat anakkU....


anakku..

ketika aku semakin di mamah usia,
banyakkan lah bersabar dan cuba memahamiku..

andainya aku tidak mampu memakai pakaianku sendiri..
bersabarlah..
sesungguhnya aku pernah mengajarmu perkara yang sama tanpa rasa jemu..

andainya ketika aku bercakap denganmu,
aku mengulangi benda yang sama beberapa kali..
jangan hentikanku..
tetapi cuba dengari ku..
kerana suatu masa dahulu,
aku senantiasa mendengar tangismu..

ketika aku tidak mampu mandi,
jangan malukan aku atau menjerit terhadapku..
kerana suatu masa dahulu,
aku pernah beberapa kali memujukmu supaya kau membersihkan dirimu..

apabila kau melihat betapa aku tidak mengetahui tentang komputer..
berilah aku masa yang secukupnya untuk memahami
dan jangan sesekali melihatku dengan pandangan yang sinis..
kerana aku pernah membuat kau faham tentang banyak perkara..
memakan makanan yang baik,
memakai pakaian yang kemas..
menghadapi hidup...

saat aku terlupa tentang sesuatu perkara yang kau cuba bualkan...
berilah sedikit ruang untuk aku mengingatinya...
dan jika aku tidak mampu,
janganlah meradang..
kerana perkara yang paling penting bukanlah percakapanku tetapi tentunya untuk bersama kamu...

jika aku tidak makan,
jangan paksa.
sesungguhnya aku tahu bila aku merasa lapar...

bila lututku sakit,
jangan biarkan aku terus berjalan sendirian..
tetapi pimpinlah kau...
sebagaimana yang telah aku buatkan ketika kau mula baru belajar berjalan..

dan apabila kau mengatakan padamu yang aku tidak mahu hidup lagi..
janganlah marah..
kerana suatu hari nanti kau akan faham...
bahawa usiaku pada saat ini bukanlah masa untuk menikmati hidup,
tetapi bersedia untuk menemuiNya..

suatu hari nanti kau akan faham bahawa walau banyak manapun kesilapanku,
aku akan sentiasa mahukan yang terbaik buatmu...

janganlah kau bersedih,
marah atau benci apabila bersamaku..
bahkan kau perlu sentiasa di sisiku,
dan memahamiku sebagaimana aku telah memahamimu semasa kau kecil..

bantulah aku berjalan...
dan bantulah aku untuk mengakhiri perjalanku dengan kasih dan kesabaranmu..
aku pasti akan membayar masa yang kau habiskan untukku dengan senyuman tulus yang sentiasa ada buatmu...

kau harus tahu aku menyayangimu....


ibu dan ayahmu...

0 comments:

my sLide shOw

Hangman

There was an error in this gadget